◉ HEADLINES

Guru sebar berita palsu Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh dituduh hari ini

Pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Guru Bahasa Inggeris (BI) akan didakwa atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu mengenai kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, hari ini.

Pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan di mana prosiding dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang, lapor BH.

Ia berhubung penyebaran maklumat tidak sahih oleh guru terbabit yang juga pemilik akaun TikTok ‘SHA_Abrienda’ berhubung kematian Zara Qairina akibat dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Ia akan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Allahyarham, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Limauan, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah jam 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Kes kematian Zara menarik perhatian masyarakat walau pada peringkat awal diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Gelombang ‘Justice for Zara’ mula menular apabila media sosial dibanjiri pelbagai dakwaan termasuk kononnya mangsa maut selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini membuka sebanyak 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan kematian pelajar tingkatan satu itu termasuk dakwaan kononnya mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Sidang media pada 13 Ogos lalu oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang, Selangor kerana dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes itu.

Wanita berkenaan bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan guru mengakui kandungan TikToknya bahawa Zara Qairina mati dengan cara dimasukkan ke dalam mesin basuh hanya sekadar ‘content’. – 21 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related