◉ HEADLINES

Kubur pelatih Palapes UTM digali semula esok

Ibu Allahyarham Syamsul Haris berkata kubur anaknya akan digali semula pada esok (Jumaat) jam 8 pagi

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin akan dilakukan esok, kata Ummu Haiman Bee Daulatgun.

Ibu Allahyarham Syamsul berkata, proses penggalian semula kubur anaknya ditetapkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Ogos (Jumaat) pada jam 8 pagi.

“Penggalian semula kubur Syamsul ditetapkan pada 29 Ogos (Jumaat) pada 8 pagi,” kata Ummu Haiman, 45, memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan, Ummu Haiman berharap kubur anaknya dapat digali semula dalam tempoh 48 jam selepas perintah mahkamah dikeluarkan kelmarin.

Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa lalu memerintahkan kubur Syamsul di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih digali semula untuk bedah siasat kedua dalam tempoh 14 hari selepas jenazah dikeluarkan.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet ketika membenarkan permohonan Ummu Haiman turut memerintahkan bedah siasat dilakukan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur dengan kehadiran pakar forensik Dr Bhupinder Singh serta peguam keluarga, Naran Singh atau wakilnya.

Bhupindar Singh turut memerintahkan pakar forensik mengeluarkan laporan bedah siasat dalam tempoh munasabah, dengan salinan laporan diserahkan kepada peguam keluarga.

Pada 19 Ogos lalu, Ummu Haiman mengemukakan permohonan menggali semula kubur anaknya bagi membolehkan bedah siasat kedua serta mencadangkan prosiding inkues bagi menyiasat kematian anaknya.

Sebelum ini, media melaporkan Syamsul Haris meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, dan jenazah dikebumikan pada keesokannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum ini dilaporkan berkata hasil siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Jawatankuasa Siasatan Khas mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam insiden kematian Syamsul Haris. – 28 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related