◉ HEADLINES

Wanita ditahan, cuba serbu Sultan Nazrin semasa sambutan Hari Kebangsaan: polis

Wanita berusia 41 tahun itu mempunyai rekod rawatan psikiatri dan rekod lampau berkaitan dadah

12:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang wanita tempatan yang cuba mendekati dan menyerbu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Menurut Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin, wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

Siasatan awal juga, kata beliau mendapati wanita berusia 41 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun ujian air kencing hari ini mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek juga mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah rawatan pakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, ketika Sultan Nazrin sedang memberikan tabik hormat, seorang wanita meluru dari barisan belakang tetamu di atas pentas utama dan menyentap tangan baginda sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan serta dibawa keluar.

Sultan Nazrin kemudian meneruskan upacara berkenaan.

Dalam pada itu, Noor Hisam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah. – 31 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related