◉ HEADLINES

MCMC rakam keterangan 3 individu berkait hantaran palsu 3R di Facebook, TikTok

Sebanyak tiga unit telefon bimbit, tiga keping kad SIM dan satu kad memori disita bagi tujuan analisis forensik digital

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga lagi individu berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di Facebook dan TikTok berkait insiden seorang wanita menaiki pentas utama semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.

MCMC dalam kenyataannya berkata, hantaran tersebut yang mendakwa kononnya tindakan itu dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina adalah tidak benar, selain berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, rakaman keterangan ke atas ketiga-tiga individu berkenaan dijalankan di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah; Balai Polis Beserah, Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, semalam.

“Sebanyak tiga unit telefon bimbit, tiga keping kad SIM dan satu kad memori telah disita bagi tujuan analisis forensik digital.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,’’ katanya.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial. – 4 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related