◉ HEADLINES

Pengisytiharan harta Menteri, Timbalan dan Setiausaha Politik dalam masa terdekat guna format baharu: Azalina

Format pengisytiharan harta sedia ada perlu ditambahbaik supaya maklumat yang diberikan adalah tepat dan telus

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan harta bagi semua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik dan Ahli Parlimen akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana format sedia ada hendaklah ditambahbaik sebelum dilaksanakan semula.

Menurutnya, cadangan penambahbaikan format pengisytiharan harta itu akan dibawa untuk perbincangan lanjut oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum ia dapat dikuatkuasakan.

“Berdasarkan maklum balas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah pada 6 Julai 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri bersetuju supaya semua Anggota Pentadbiran mengisytiharkan harta.

“Bagaimanapun format pengisytiharan harta sedia ada hendaklah ditambahbaik agar maklumat yang diberikan adalah tepat dan telus sebelum pengisytiharan harta dilaksanakan semula,’’ katanya.

Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Senator Baharuddin Ahmad di Dewan Negara.

Baharuddin ingin mengetahui status terkini pelaksanaan dasar pengisytiharan harta bagi semua anggota pentadbiran termasuk Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik sebagai bukti kesungguhan Kerajaan dalam membanteras rasuah.

Mengulas lanjut, Azalina memberitahu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 bersetuju supaya format pengisytiharan harta baharu yang lebih komprehensif disediakan oleh SPRM sebagai langkah penambahbaikan.

“Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 8 Januari 2024 bersetuju supaya cadangan penambahbaikan format pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen dibawa untuk perbincangan lanjut oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum format isytihar harta baharu tersebut dapat dikuatkuasakan. – 5 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

◉ Related