◉ HEADLINES

Sindiket SMS palsu guna Fake BTS berjaya ditumpaskan

Siasatan awal mengenal pasti modus operandi terbaharu sindiket dengan mengubah suai kelengkapan komunikasi Fake BTS untuk beroperasi secara mudah alih

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sindiket penyebaran SMS palsu menggunakan peralatan telekomunikasi haram Fake Base Transceiver Station (Fake BTS) berjaya ditumpaskan dalam satu operasi bersepadu, Op Pancing, yang dijalankan baru-baru ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya hari ini berkata, seorang individu berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, berdasarkan aduan awam dan risikan, individu itu ditahan ketika mengendalikan peralatan Fake BTS dalam sebuah kenderaan yang diletak berhampiran sebuah pusat membeli belah utama di Kuala Lumpur.

Menurut MCMC, pemeriksaan menemukan kelengkapan komunikasi yang berfungsi sebagai Fake BTS dalam keadaan aktif

“Ujian frekuensi mengesahkan peralatan berkenaan bukan sahaja menghantar SMS mengandungi kandungan palsu, pautan phishing, tetapi juga berunsur perjudian kepada orang awam di sekitar kawasan terbabit.

“Susulan tangkapan itu, serbuan dijalankan di sebuah premis kediaman teres dua tingkat di Kota Kemuning Shah Alam yang dijadikan tempat penyimpanan kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kelengkapan komunikasi berkaitan Fake BTS.

“Secara keseluruhannya, 45 barangan telah disita dengan anggaran nilai RM100,000 dan seorang individu turut dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut,’’ katanya.

Antara barangan yang disita dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Kemuning, Shah Alam. – Tangkap layar, 6 September, 2025

Siasatan awal, jelasnya mengenal pasti modus operandi terbaharu sindiket dengan mengubah suai kelengkapan komunikasi Fake BTS berkenaan untuk beroperasi secara mudah alih

MCMC berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kes turut disiasat di bawah Peraturan 34(5)(c) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 yang membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – 6 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related