◉ HEADLINES

Gesaan UMANY mansuh matrikulasi bukan pendirian rasmi UM – NC

Noor Azuan berkata sistem matrikulasi adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan dalam memastikan peluang pendidikan yang lebih inklusif dan saksama untuk semua

10:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menuntut program matrikulasi supaya dimansuhkan, tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya (UM), kata Naib Canselornya (NC) Profesor Datuk Seri Noor Azuan Abu Osman.

Menurut Noor Azuan, program matrikulasi negara merupakan sistem pendidikan yang menyeluruh, yang telah terbukti berperanan dalam menyediakan akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang.

“Sistem matrikulasi adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan dalam memastikan peluang pendidikan yang lebih inklusif dan saksama untuk semua.

“UM kekal komited menyokong dasar pendidikan negara yang berteraskan prinsip keadilan, kebolehcapaian dan pembangunan modal insan demi kemajuan negara,” katanya, lapor Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Belia Universiti Malaya (UMANY) mendesak supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan STPM sebagai satu satunya piawaian untuk kemasukan ke program ijazah di universiti awam.

Menurut presidennya, Tang Yi Ze kajian pihaknya mendapati program STPM adalah lebih baik malah diiktiraf oleh universiti ternama dunia yang lain.

Silibus STPM juga, ujar beliau, jauh lebih ketat daripada matrikulasi.

Mengulas lanjut, Noor Azuan berkata UM sentiasa menyokong kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, selaras semangat keterbukaan dan intelektualisme yang menjadi asas sesebuah institusi pengajian tinggi.

“Namun demikian, kebebasan ini perlu diiringi rasa tanggungjawab serta pertimbangan yang wajar terhadap sensitiviti dan implikasi kenyataan yang dibuat, terutama yang melibatkan dasar awam,” tambahnya. – 13 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related