◉ HEADLINES

Rosmah gagal singkir hakim kes projek solar hibrid

Hakim mendapati pasukan undang-undang Rosmah gagal membuktikan wujud elemen berat sebelah

11:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini untuk menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah berkaitan projek solar hibrid 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.

Mohamed Zaini yang kini Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah, 74, pada 1 September 2022 atas tiga kes rasuah terbabit.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pasukan undang-undang Rosmah gagal membuktikan kepada mahkamah terdapat merit dalam rayuan terbabit.

“Susulan itu, mahkamah menolak rayuan Rosmah selaku perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September 2022,” katanya yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Semasa hujahan, Datuk Jagjit Singh berkata, anak guamnya meminta hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kesnya yang berkaitan dengan projek hibrid solar berkenaan.

Beliau berkata, Hakim, Mohamed Zaini seharusnya menarik diri daripada selepas dikatakan telah mengarahkan Unit Penyelidikan mahkamah menyediakan draf penghakiman sebelum menyampaikan keputusan.

Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan berkenaan dan mengenakan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun hukuman alan berjalan serentak, bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

Rosmah turut didenda RM970 juta, dan sekiranya gagal membayar denda itu, boleh dihukum penjara selama 30 tahun.

Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan Rosmah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Rosmah memohon agar mahkamah terlebih dahulu mendengar rayuan anak guamnya berhubung keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menggugurkan dirinya daripada mendengar serta mengadili kes solar tersebut.

Permohonan untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini dibuat dua hari sebelum keputusan diumumkan, atas alasan penghakiman kes itu didakwa bocor.

Peguam juga memberitahu bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan hujahan setebal 700 muka surat untuk rayuan itu.

Dalam prosiding berkenaan, selain Jagjit Singh, Rosmah selaku pemohon turut diwakili barisan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Azrul Zulkifli Stork dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin sementara pendakwaan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai sebagai responden. – 17 September, 2025

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related