◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Timbalan Pendakwa Raya SPRM direman tiga hari, disyaki miliki dadah

SPRM tidak akan berkompromi dengan salah laku, perlanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh pegawai atau kakitangan

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan semalam kerana disyaki memiliki dadah, direman selama tiga hari sehingga esok.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ya, saya boleh mengesahkan penahanan tersebut dan kes ini sedang dalam siasatan,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, SPRM dalam kenyataannya mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya tersebut yang baru melaporkan diri untuk bertugas pada minggu lalu, ditahan polis berkaitan kes dadah.

Menurut SPRM, pegawai itu ditahan oleh polis di rumahnya pada 23 September lalu.

Pemeriksaan yang dijalankan polis, kata SPRM turut menemui bahan terlarang disyaki dadah.

“SPRM mengambil maklum berhubung tangkapan melibatkan seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang baharu melaporkan diri pada minggu lalu untuk bertugas di Suruhanjaya ini.

“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,’’ katanya hari ini.

SPRM juga menegaskan ia tidak akan akan berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan.

“SPRM komited untuk memastikan integriti serta tata kelola organisasi sentiasa dipelihara,’’ katanya. – 24 September, 2025.

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related