◉ HEADLINES

Jalan mendap sedalam 50 meter, 3,500 pesakit hospital di Bangkok dipindahkan

Berikutan itu perkhidmatan pesakit luar di hospital kerajaan itu telah digantung

11:47 AM MYT

 

BANGKOK – Kira-kira 3,500 pesakit di Hospiyal Vajira, di sini, dipindahkan ke bangunan berhampiran selepas sebahagian Jalan Samsen di hadapan hospital berkenaan mendap pagi tadi.

Dalam kejadian pada 7.13 pagi itu, mendapan berkenaan membentuk lubang besar sedalam kira-kira 50 meter, dengan lebar 30 meter dan panjang juga 30 meter, lapor Bangkok Post.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan. Berikutan itu perkhidmatan pesakit luar di hospital kerajaan itu telah digantung.

Laporan awal menunjukkan struktur hospital tidak terjejas.

Menurut Pejabat Daerah Dusit, laluan trafik antara persimpangan Vajira dan Sanghi ditutup atas faktor keselamatan.

Penduduk di pangsapuri berhampiran turut diarahkan berpindah.

Dua tiang elektrik dan sebuah kenderaan polis dilaporkan terjatuh ke dalam lubang selepas kejadian.

Ketika ini, anggota Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan (MEA) berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja kecemasan.

Kawasan itu sebelum ini telah ditutup kerana kerja-kerja pembinaan Laluan Ungu Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Tao Poon dan Rat Burana.

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan punca kejadian mendapan tersebut. – 24 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related