◉ HEADLINES

Trump dijangka luluskan perjanjian benarkan TikTok terus beroperasi di AS: Rumah Putih

Perjanjian itu digambarkan akan memenuhi undang-undang dwipartisan yang menghendaki syarikat induk TikTok dari China, ByteDance, memutuskan hubungan atau berdepan larangan di seluruh negara

9:55 AM MYT

 

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani satu perjanjian pada Khamis yang membolehkan TikTok terus beroperasi di AS dengan syarat keselamatan baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik seorang pegawai kanan Rumah Putih.

Pegawai itu memberitahu CBS News pada Rabu bahawa perjanjian itu, yang digambarkan pentadbiran sebagai “penyahlaburan bersyarat,” akan memenuhi undang-undang dwipartisan yang menghendaki syarikat induk TikTok dari China, ByteDance, memutuskan hubungan atau berdepan larangan di seluruh negara.

Menurut pegawai itu, perjanjian berkenaan akan memberi pelabur Amerika termasuk Oracle pegangan dalam syarikat terbabit, manakala Oracle akan menyediakan “keselamatan menyeluruh” dengan menempatkan data pengguna AS serta menyemak kod aplikasi untuk memastikan “algoritma berfungsi dengan betul dan selamat.”

Di bawah rancangan itu, algoritma cadangan berkuasa ByteDance akan disalin dan dilatih semula untuk beroperasi sepenuhnya dengan data Amerika.

“Kami yakin 100 peratus bahawa cadangan ini, jika dimuktamadkan, mematuhi undang-undang,” kata pegawai itu sambil menambah ia menepati “semua undang-undang dan dasar berkaitan di kedua-dua pihak.”

Namun, tidak semua penggubal undang-undang bersetuju.

Ahli Kongres John Moolenaar, Pengerusi Jawatankuasa China Dewan Perwakilan, memberi amaran bahawa “perjanjian pelesenan yang dilaporkan itu mungkin melibatkan kebergantungan berterusan TikTok baharu terhadap algoritma dan aplikasi ByteDance yang boleh membolehkan kawalan atau pengaruh berterusan Parti Komunis China (CCP).”

Undang-undang yang disahkan Mahkamah Agung melarang sebarang hubungan operasi antara TikTok milik AS dengan ByteDance, namun memberi kuasa terakhir kepada presiden untuk menentukan apa yang dikategorikan sebagai penyahlaburan sebenar. – 26 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related