◉ HEADLINES

Siasatan 20 akaun bank luar negara Anwar selesai sejak 2022: SPRM

SPRM berkata dakwaan yang kembali tular mula disiasat pada 1999 namun tiada bukti mengaitkan Perdana Menteri dengan rasuah atau salah guna kuasa

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel sudah selesai sejak 2022, demikian menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kandungan yang tular di aplikasi TikTok membabitkan isu berkenaan yang pernah dibangkitkan dalam sidang Parlimen pada 2013.

“Siasatan terhadap dakwaan itu sudah dijalankan lebih awal oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1999. Hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau keterangan yang mengaitkan Anwar dengan kesalahan jenayah rasuah atau salah guna kuasa.

“Penjelasan mengenai hasil siasatan tersebut turut direkodkan dalam akuan bersumpah oleh mantan Pengarah Siasatan BPR, Datuk Abdul Razak Idris pada 2009.

“Sebagai rekod, pihak WikiLeaks juga menafikan pernah menyiarkan sebarang senarai akaun bank milik Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa dalam sidang Parlimen berkenaan.

“Penafian itu turut dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 5 Oktober 2018 yang bertajuk ‘Dah 5 tahun baru Wikileak nafi’,” kata kenyataan itu hari ini.

Berikutan itu, SPRM mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat atau menjejaskan reputasi individu tanpa asas yang sahih.

“Penyebaran maklumat tidak benar boleh menimbulkan kekeliruan serta mengganggu ketenteraman awam.

“SPRM kekal komited melaksanakan siasatan secara bebas, telus dan berintegriti mengikut undang-undang negara,” katanya. – 26 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related