◉ HEADLINES

Flotila bantuan global hampiri Gaza, dijangka tiba esok

Jurucakap armada Maghreb flotila berkata, mungkin berlaku kelewatan bergantung pada keadaan cuaca

8:24 AM MYT

 

ISTANBUL – Flotila bantuan antarabangsa kini kurang 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba di wilayah itu pada 30 September, menurut penganjur pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

“Masa berlalu dan flotila turut bergerak bersamanya – setiap minit membawa Flotila Sumud Global semakin hampir ke Gaza dan keadilan yang sewajarnya diperoleh rakyatnya,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

Mereka turut berkongsi peta menunjukkan laluan kapal-kapal itu ke Gaza, dengan menyatakan hanya tinggal 399 batu nautika dari wilayah yang dikepung itu.

Menurut jurucakap bagi armada Maghreb flotila berkenaan, Wael Naouar, kapal dijangka tiba di Gaza pada 30 September atau 1 Oktober.

Beliau menambah bahawa mungkin akan berlaku kelewatan bergantung pada keadaan cuaca.

Flotila Sumud Global yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal, berlayar awal bulan ini dengan misi memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Menurut rakaman video yang dikongsi seorang aktivis Turkiye di atas kapal, sebuah kapal tentera laut Greece telah berundur selepas mengiringi konvoi itu di perairan antarabangsa, manakala tentera laut Itali dan Sepanyol terus memberikan perlindungan kepada para aktivis di atas kapal.

“Satu-satunya penghalang antara kami dan Gaza ketika ini hanyalah laut,” kata seorang aktivis dari Belanda, Ross Ykema, dalam kenyataan video.

Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya lintasan ke Gaza, menghalang konvoi makanan dan bantuan sehingga menyebabkan keadaan kebuluran semakin meruncing. 

Hanya bekalan terhad dibenarkan masuk secara berselang-seli, dan banyak daripadanya dirampas kumpulan bersenjata yang menurut pihak berkuasa Gaza dilindungi Israel. – 29 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related