◉ HEADLINES

Pendedahan video: SPRM rakam lebih 10 keterangan saksi termasuk Jeffrey

Albert Tei juga akan dihubungi untuk diambil keterangan, kata Azam Baki

9:24 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan keterangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan bagi membantu siasatan berkaitan pendedahan video terbaharu oleh ahli perniagaan Albert Tei.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, lebih 10 keterangan saksi sudah diambil termasuk daripada Jeffrey dan beberapa pegawainya.

SPRM juga, katanya akan dihubungi untuk proses mengambil keterangan, lapor Bernama.

“Albert Tei juga akan dihubungi untuk diambil keterangan. Selain itu, saksi lain akan terus dipanggil. Saya dimaklumkan ada video baharu yang disiarkan portal tertentu dan ia akan diteliti berdasarkan keterangan yang diperoleh,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 di Puspanita Puri, di sini hari ini.

SPRM pada bulan lepas mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung pendedahan video berkenaan yang disiarkan dalam satu portal dalam talian.

Portal itu mendedahkan video perbualan seorang ahli perniagaan dengan Jeffrey berhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam isu permohonan lesen cari gali mineral.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata SPRM Sabah diarahkan memperluas siasatan berdasarkan maklumat baharu dengan memanggil kedua-dua individu berkenaan bagi melengkapkan siasatan. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related