◉ HEADLINES

Indonesia beku lesen TikTok, gagal salur data penstriman langsung protes

TikTok sebelum ini menggantung fungsi penstriman langsungnya sepanjang tempoh protes pada Ogos sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan

8:20 AM MYT

 

ISTANBUL – Indonesia pada Jumaat membekukan lesen operasi TikTok berhubung ketidakpatuhan syarikat itu terhadap keperluan peraturan negara kerana gagal memberikan data lengkap mengenai aktiviti penstriman langsung semasa protes baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi.

“Tindakan ini mencerminkan ketegasan kerajaan terhadap keputusan TikTok yang hanya menyerahkan data tidak lengkap mengenai aktiviti TikTok Live ketika rusuhan antara 25 hingga 30 Ogos 2025,” kata Ketua Pengarah Pemantauan Ruang Digital Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Alexander Sabar seperti dipetik agensi berita Antara.

TikTok sebelum ini menggantung fungsi penstriman langsungnya sepanjang tempoh protes pada Ogos sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan.

Menurut Sabar, keputusan membekukan lesen itu dibuat selepas syarikat berkenaan enggan mendedahkan data berkaitan maklumat trafik serta pengewangan aktiviti penstriman langsung, di tengah-tengah dakwaan kandungan perjudian dalam talian semakin meningkat di platform itu.

“Kami telah memanggil TikTok untuk penjelasan langsung pada 16 Sept dan menggesa mereka menyerahkan data lengkap selewat-lewatnya 23 Sept. 

“Namun, TikTok enggan berbuat demikian dengan alasan polisi serta prosedur dalaman penggunaan data,” katanya.

Beliau menjelaskan, permintaan kerajaan adalah berdasarkan peraturan yang mewajibkan platform memberi akses kepada pihak berkuasa terhadap sistem dan data bagi tujuan pemantauan.

Jakarta sebelum ini turut mengenakan denda hampir US$900,000 ke atas TikTok bulan lalu kerana kelewatan melaporkan pengambilalihan pasaran dalam talian Tokopedia. – 4 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related