◉ HEADLINES

Freedom Flotilla dijangka sampai ke Gaza dalam tiga hingga empat hari

Freedom Flotilla yang diketuai kapal Vicdan berlayar khusus untuk menyalurkan bekalan perubatan ke Gaza

12:06 PM MYT

 

ANKARA – Freedom Flotilla Coalition hanya berbaki 430 batu nautika lagi dan dijangka tiba di perairan Gaza dalam tempoh tiga hingga empat hari, kata wakil pakatan itu kepada Anadolu Ajansi.

“Mudah-mudahan dalam masa tiga atau empat hari lagi, kami akan sampai ke sempadan Gaza untuk memasuki perairan wilayahnya, memecahkan sekatan ini dan menzahirkan solidariti bersama saudara-saudara kita dalam (Global) Sumud Flotilla,” kata Behesti Ismail Songur. 

Songur berkata, Freedom Flotilla yang diketuai kapal Vicdan turut disertai 10 kapal lain dengan kehadiran petugas kesihatan terkenal dunia termasuk doktor, jururawat, wakil organisasi media serta tiga anggota parlimen Turkiye. 

Beliau menegaskan kapal Vicdan berlayar khusus untuk menyalurkan bekalan perubatan ke Gaza.

Sambil menekankan bahawa perjuangan mereka akan diteruskan sehingga berjaya memecahkan sekatan tidak berperikemanusiaan Israel dan membuka laluan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Songur berkata: “Sebenarnya ada mesej mendalam di sebalik usaha ini yang perlu difahami.”

“Selepas 7 Oktober, kami menyiapkan dan melancarkan kapal Vicdan. Sejurus selepas itu, kapal Madleen dan kemudian Hanzala turut dilancarkan,” jelasnya.

Menurutnya, masyarakat dunia yang berjiwa kemanusiaan kini menerima hakikat bahawa sekatan ini akan dipecahkan dan ia hanya boleh dilakukan melalui laluan laut.

Merujuk kepada puluhan individu yang ditahan di penjara Israel selepas menyertai Sumud Flotilla, beliau menegaskan: “Ada satu kebenaran yang mesti difahami Israel.

“Walau sekuat mana pun usaha mereka menghalang flotila ini, gerakan ini akan terus berkembang dan kemarahan rakyat awam yang tulus ini akan sampai ke sempadan Palestin serta memecahkan sekatan itu.” – 4 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related