◉ HEADLINES

Banjir 3 negeri: Lebih 300 mangsa masih berlindung di PPS, Kedah catat peningkatan

Banjir di Kedah menunjukkan peningkatan jumlah mangsa, sementara di Perak dan Johor tidak berubah

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Kedah menunjukkan peningkatan jumlah mangsa pagi ini, sementara di Perak dan Johor tidak berubah dengan keseluruhan lebih 300 penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kedah, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena meningkat pagi ini kepada 100 orang daripada 30 keluarga berbanding 86 orang daripada 25 keluarga, malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata peningkatan itu susulan penambahan mangsa daripada Mukim Lesong melibatkan Kampung Permatang Limau.

Ketika ini hanya dua sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Ketil di Kampung Bongor, Baling dan Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu.

Di Perak, jumlah mangsa banjir di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kekal 107 orang daripada 33 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Taiping setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang menempatkan 22 penduduk daripada lapan keluarga melibatkan kawasan Taman Mawar, Taman Simpang Makmur, Taman Indah, Taman Kota Jaya serta Kampung Jalapang Jaya.

Sebanyak 38 mangsa daripada 11 keluarga pula kekal berlindung di PPS SK Matang membabitkan Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang, manakala PPS SK Matang Gelugor menempatkan 47 mangsa daripada 14 keluarga melibatkan Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan ribut di LMS, Kerian, Perak Tengah, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang pada sebelah petang hari ini.

Di Johor pula, jumlah mangsa banjir kilat di Pontian yang ditempatkan di sebuah PPS masih kekal 159 orang daripada 46 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya yang dibuka 6 pagi semalam menempatkan penduduk daripada lima kampung.

Beliau berkata ia melibatkan Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.

Sementara itu keadaan cuaca di daerah berkenaan cerah pagi ini. – 5 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related