◉ HEADLINES

SPR teliti cadangan panjangkan tempoh kempen 14 hari kepada 3 minggu

SPR berkata, ia berikutan keluhan masa diperuntukkan ketika ini menyebabkan sebahagian pengundi pos, sukar mengembalikan kertas undi dalam tempoh ditetapkan

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti syor untuk melanjutkan tempoh berkempen daripada 14 hari kepada tiga minggu sebagai langkah penambahbaikan proses undi pos, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkata, pihaknya menyedari terdapat keluhan bahawa masa yang diperuntukkan ketika ini menyebabkan sebahagian pengundi pos, sukar mengembalikan kertas undi dalam tempoh ditetapkan.

“Undi pos ini kadang-kadang ada rungutan menyatakan tempoh diberikan untuk mereka mengembalikan undi, terutama dari luar negara, agak lewat.

“Perkara itu sedang dalam tindakan kita dan SPR melaksanakan libat urus dengan pihak berkaitan untuk menambah baik kaedah undi pos,” katanya memetik laporan BH.

Menurut Ramlan, SPR sedang mengkaji cadangan terbabit bagi memastikan pengundi pos mempunyai lebih masa menerima dan menghantar kertas undi.

Cadangan penambahbaikan itu jelasnya, antara kaedah boleh segera dilaksanakan tanpa perlu pindaan undang-undang.

“Namun, ia tetap membawa isu lain, termasuk beban tugas serta cabaran logistik yang perlu ditangani,” tegasnya.

SPR selain itu, masih meneliti beberapa perkara lain yang kini berada dalam proses tindakan dan belum boleh diumumkan sepenuhnya.

“Insya-Allah, melalui libat urus yang kita laksanakan, kita akan memperhalusi langkah-langkah terbabit,” katanya.

Menyentuh kajian penambahbaikan proses pilihan raya secara keseluruhan, beliau berkata, SPR turut meneliti amalan moden di negara lain, termasuk penggunaan sistem pengenalan diri biometrik.

“Tetapi kita perlu melihat pelbagai aspek kerana membabitkan teknologi memerlukan persiapan lebih lengkap.

“Yang paling penting dalam pilihan raya adalah memastikan tidak ada sebarang unsur yang boleh menyebabkan keputusan diragukan,” katanya sambil menegaskan proses pengundian setakat ini berjalan amat baik, selain isu dakwat yang perlu dipertingkat.

Dalam pada itu, Ramlan menegaskan, secara keseluruhan proses pilihan raya di negara ini berjalan dengan lancar, katanya. – 5 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related