◉ HEADLINES

PM dititah ke Istana Negara, sesi MQT di Dewan Rakyat hari ini ditiadakan

Perdana Menteri dititahkan oleh Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara pada pukul 10 pagi ini

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat hari ini ditiadakan susulan Perdana Menteri dititahkan oleh Majlis Raja-Raja untuk hadir ke Istana Negara pagi ini.

Berdasarkan mengikut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, Perdana Menteri dijadual menjawab dua soalan pada sesi berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebaik sidang Dewan Rakyat bermula 10 pagi tadi.

“Sepatutnya pagi ini kita ada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, dengan dua soalan yang telah dikemukakan oleh (Yang Berhormat) Paya Besar (Datuk Mohd Shahar Abdullah-BN) dan Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin-PN).

“Namun saya difahamkan bahawa Perdana Menteri tidak dapat hadir pada pagi ini kerana dititah oleh Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara pada pukul 10 pagi,” katanya, lapor Bernama.

MQT diadakan setiap Selasa memperuntukkan ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan soalan secara langsung kepada Perdana Menteri mengenai pelbagai isu semasa, manakala sesi sama pada Khamis pula dijawab oleh menteri Kabinet.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan supaya sesi MQT ditiadakan dan persidangan Dewan Rayat diteruskan dengan sesi soal jawab lisan.

Usul untuk menangguhkan sesi MQT itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2) dan disokong oleh Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Johari kemudiannya memaklumkan bahawa dua soalan yang dikemukakan pada sesi MQT itu akan dijadualkan semula pada sesi lain tanpa perlu dimasukkan ke dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Mohd Shahar bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang pernah dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump, berhubung konflik Palestin-Israel.

Sementara Mas Ermieyati pula mengajukan soalan berhubung tahap persediaan kerajaan dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) khususnya dari segi promosi antarabangsa serta penglibatan kerajaan negeri. – 7 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related