◉ HEADLINES

‘Inilah wajah sebenar Malaysia, tidak gentar tentang rejim Zionis’: Anwar

Perdana Menteri berkata, Malaysia bersama masyarakat antarabangsa akan terus menuntut supaya bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada rakyat Gaza yang sedang dizalimi

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak gentar memperjuangkan kebenaran dan akan terus berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan bagi menentang kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

Perdana Menteri berkata, Malaysia bersama masyarakat antarabangsa akan terus menuntut supaya bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada rakyat Gaza yang sedang dizalimi.

Tegasnya, Malaysia juga akan terus memperkukuh muafakat dengan negara sahabat, dunia Islam dan blok kemanusiaan sejagat dalam merealisasikan misi bantuan serta membuka jalan ke arah keamanan hakiki demi melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bermaruah.

“Selagi bumi Gaza terus dibantai dan dinodai, kita tidak akan berdiam diri. Sebaliknya suara kita akan terus bergema di jalanan, di pentas dunia dan di setiap ruang hati rakyat Malaysia,” katanya dalam perkongsian di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berasa amat tersentuh melihat lautan manusia yang hadir pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

“Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa berhimpun dengan satu hati, menyuarakan solidariti kepada saudara-saudara kita di Gaza yang terus dizalimi dan dinafikan hak menerima bantuan kemanusiaan.

“Saya amat tersentuh melihat lautan manusia yang hadir dengan jiwa penuh kasih dan keberanian. Mereka hadir bukan kerana dipaksa, tetapi kerana hati nurani yang menolak kezaliman dan menuntut keadilan.

“Inilah wajah sebenar Malaysia, bangsa yang berprinsip, berjiwa besar dan tidak rela melihat penindasan bermaharajalela,” katanya.

Himpunan berkenaan diadakan bagi meraikan kepulangan sukarelawan kemanusiaan misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. – 9 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related