◉ HEADLINES

4 calon SPM direman kes rogol berkumpulan dalam kelas

Polis berkata, insiden terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis

3:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direman enam hari selepas disyaki terbabit merogol seorang pelajar Tingkatan Tiga dalam kelas di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata perintah reman terhadap empat remaja lelaki itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, SR Arthana.

“Semua suspek direman enam hari bermula hari ini hingga 16 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan,” katanya lapor Bernama.

Dua suspek berusia 17 tahun itu dilaporkan merogol mangsa berusia 15 tahun bergilir-gilir pada kira-kira 2.50 petang 2 Oktober lalu, ketika gadis itu berjalan ke kelasnya untuk mengambil sesuatu.

Dua daripada suspek dilaporkan melihat dan merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit mereka.

Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis. 

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menggesa pentadbir sekolah mematuhi garis panduan dalam mengendalikan kes salah laku seksual bagi menjaga kesejahteraan pelajar dan guru

Katanya, ia memandang serius kes itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

“Tiada kompromi terhadap kes salah laku seksual dan tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah,” katanya dalam kenyataan. – 11 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related