◉ HEADLINES

Kes tikam: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke PPD

Pasukan kaunselor serta guru bimbingan akan dihantar ke sekolah berkenaan

7:59 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pentadbir sekolah menengah di Petaling Jaya yang terbabit kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hari ini, akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan bebas daripada sebarang gangguan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, Kementerian Pendidikan (KPM) akan melihat kaedah bersesuaian bagi melakukan pemindahan tersebut agar ia berjalan lancar tanpa mengganggu proses pembelajaran di sekolah itu.

“Memang kita akan ambil tindakan (secepat mungkin) sebab siasatan perlu dilaksanakan dengan segera,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

Berikutan itu, polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut dan turut menahan suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama.

Mohd Azam berkata, KPM telah menggerakkan pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan program intervensi sokongan psikososial kepada pelajar, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan.

“Kita dah gerakkan pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling. Jadi ibu bapa atau masyarakat tak perlu bimbang, KPM telah mengambil tindakan ini,” katanya. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related