◉ HEADLINES

PRN Sabah: GRS-PH sudah muktamad agihan kerusi – Hajiji

Agihan berkenaan hanya akan diumumkan pada hari penamaan calon

8:21 PM MYT

 

TAMBUNAN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamadkan agihan kerusi masing-masing untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Bagaimanapun, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata agihan berkenaan hanya akan diumumkan pada hari penamaan calon.

“Ya, kami sudah tahu (tetapi) saya tidak boleh umumkan sekarang. Tunggu sahaja pada hari penamaan calon dan anda akan tahu bilangannya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan di sini hari ini.

Hajiji turut menyatakan keyakinan bahawa mandat rakyat akan dikembalikan kepada GRS-PH berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran selama lima tahun.

“Kami akan menawarkan yang terbaik kepada rakyat Sabah. Kami telah mencapai banyak kejayaan melalui pelbagai program sosioekonomi untuk rakyat. Kami telah membawa pelaburan berimpak tinggi bagi merancakkan pembangunan ekonomi Sabah,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan Sabah telah membelanjakan lebih RM1.3 bilion untuk inisiatif pembangunan modal insan.

“Kami juga memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada golongan miskin tegar dalam senarai e-Kasih. Kami turut mencatat kejayaan dalam industri minyak dan gas. Pembangkang cuba menafikan kejayaan ini, tetapi saya percaya rakyat kini matang dan akan menghargai pencapaian kami,” katanya.

Hajiji turut menyatakan bahawa Pilihan Raya Negeri kali ini akan lebih meriah dengan banyak parti politik telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.

“Marilah kita meraikan demokrasi,” katanya. – 14 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related