◉ HEADLINES

Anggota JPJ mula guna alat perakam badan

Ketua Pengarah berkata, ia bagi memastikan tahap keselamatan anggota penguat kuasa selain menyimpan rakaman bukti sekiranya berlaku sebarang pertikaian ketika bertugas dalam sesuatu operasi

11:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula menggunakan alat perakam badan (BWC) terutamanya bagi operasi berisiko tinggi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata inisiatif itu bertujuan memastikan tahap keselamatan anggota penguat kuasa selain menyimpan rakaman bukti sekiranya berlaku sebarang pertikaian ketika bertugas dalam sesuatu operasi.

“Hari ini (semalam) ialah hari pertama JPJ menggunaksn BWC. Bermula dengan 100 unit, pengagihan dan pemakaian BWC itu akan dilakukan secara berperingkat dimulakan dengan Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya kerana terlibat operasi khas.

“Lebih separuh daripada perolehan itu pula diagihkan kepada JPJ di negeri-negeri lain untuk tujuan sama termasuk operasi berisiko tinggi,” katanya dalam sidang media Ops Khas JPJ Selangor di Stesen Penguatkuasa Banting di sini semalam.

Dalam pada itu, Aedy Fadly berkata kerajaan juga telah meluluskan perolehan 60 pucuk senjata api baharu sebagai tambahan kepada 434 pucuk senjata api sedia ada.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan, meningkatkan tahap integriti, ketelusan serta melindungi mereka daripada tomahan dan tuduhan tidak berasas ketika menjalankan tugas.

“Kerajaan nampak bahawa tugas-tugas anggota JPJ di lapangan agak berisiko tinggi. Senjata api baharu itu akan diperoleh dalam tahun ini juga dan saya percaya tahun depan kita akan dapat perolehan senjata api yang lain,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata sebanyak 100 unit BWC akan digunakan pegawai penguat kuasa JPJ membabitkan ibu pejabat dan JPJ negeri dengan peruntukan RM2.3 juta bagi fasa pertama. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related