◉ HEADLINES

Jangan jadikan PAS ‘kambing hitam’ Takiyuddin bidas Singapura

PAS tidak akan membiarkan naratif palsu berleluasa yang menggambar komen rentas sempadan biasa sebagai ancaman keselamatan demi keuntungan jangka pendek

1:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menolak sekeras-kerasnya cubaan untuk menjadikan parti berkenaan sebagai kambing hitam bagi mengembangkan agenda politik dalaman di Singapura, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut Takiyuddin, parti itu tidak akan membiarkan naratif palsu berleluasa yang menggambar komen biasa rentas sempadan biasa disensasikan sebagai ancaman keselamatan demi keuntungan jangka pendek.

Jelasnya, tanda kematangan sesebuah negara adalah keupayaannya untuk berwacana secara yakin dan jelas.

“Adalah tidak jujur untuk mencadangkan pengundi Singapura begitu mudah dipengaruhi oleh pandangan luar sehingga kehendak pilihan raya mereka perlu ‘dilindungi’ daripada pandangan yang boleh mereka nilai secara kritikal.

“Menyalahkan pihak luar atas perdebatan dalaman adalah taktik klasik pengalihan politik yang mudah untuk mengalih tumpuan daripada isu-isu tempatan yang sukar,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam, telah memberi amaran kepada PAS agar tidak mencampuri wacana politik republik itu, sambil menegaskan bahawa Singapura tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk campur tangan asing dalam urusan dalaman negaranya.

Shanmugam turut berharap supaya parti-parti politik dapat segera menolak sebarang percubaan seumpamanya untuk campur tangan dalam proses politik Singapura.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, Singapura menempatkan dirinya sebagai hab global di mana idea dan pandangan pastinya melintasi sempadan.

“Mengklasifikasikan kenyataan dalam talian tanpa sumber, tindakan, penyelarasan atau arahan sebagai ‘campur tangan’ adalah keterlaluan, menjejaskan makna sebenar istilah tersebut dan membuka ruang untuk menapis wacana awam yang sah.

“Jika keterhubungan digital dianggap sebagai saluran campur tangan, maka tindak balas logik satu-satunya ialah memutuskan hubungan dengan dunia — satu pendirian yang tidak mampan bagi ekonomi terbuka yang bergantung kepada aliran modal, bakat dan maklumat,’’ tambahnya.

Takiyuddin turut menyatakan komitmen PAS menghormati kedaulatan yang menjadi panduan dalam semua penglibatan parti berkenaan, yang dilakukan menerusi saluran rasmi dan sewajarnya.

“Prinsip ini membolehkan kami bersuara dalam hal berkaitan agama, keadilan dan kebajikan sosial sambil memastikan kami tidak mencampuri proses pilihan raya atau kedaulatan mana-mana negara.

“Justeru jangan cipta musuh yang tidak wujud atau memperalatkan undang-undang untuk menekan kebebasan bersuara,’’ katanya. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related