◉ HEADLINES

Kerajaan kaji pindaan undang-undang dakwa pengirim, penerima barangan lori lebih muatan: Loke

Pindaan undang-undang itu bagi menjadikan keseluruhan rantaian logistik bertanggungjawab terhadap lori yang membawa muatan berlebihan

8:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka pindaan undang-undang bagi membolehkan tindakan diambil bukan sahaja terhadap pemandu dan syarikat pengangkutan tetapi juga pengirim serta penerima barangan yang terlibat dalam aktiviti lori membawa muatan berlebihan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu penting bagi memastikan keseluruhan ekosistem industri logistik bertanggungjawab dan mematuhi had muatan yang ditetapkan.

“Kita akan mengambil tindakan yang lebih tegas selepas ini, dan saya juga nak ingatkan kepada pengirim serta penerima barangan, sekarang ini apabila kesalahan seperti melebihi had muatan, tindakan hanya dikenakan kepada pemandu dan juga syarikat pemilik kenderaan tersebut,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata isu muatan berlebihan bukan sahaja menyumbang kepada kemalangan malah memberi impak besar kepada kerajaan dan rakyat kerana ia mempercepat kerosakan jalan raya serta meningkatkan kos penyelenggaraan.

“Orang ramai selalu mengadu kenapa jalan di Malaysia berlubang-lubang… antara punca besar ialah masalah lori lebih muatan… apabila jalan rosak teruk, bukan sahaja kos penyelenggaraan meningkat malah risiko kepada pengguna terutama penunggang motosikal juga tinggi,” katanya.

Loke berkata pemandu lori dan syarikat pengangkutan sering terpaksa akur dengan tekanan daripada pemilik kuari atau kilang untuk membawa muatan berlebihan bagi mengurangkan kos operasi dan bersaing antara satu sama lain.

Justeru, beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar had muatan ditetapkan.

“Pendekatan kita bukan hanya terhadap syarikat pengangkutan dan pemandu lori tetapi juga punca masalah itu… JPJ akan memanggil industri kuari, industri besi dan beberapa sektor lain yang dikenal pasti banyak terlibat (dalam aktiviti ini) untuk diberi peringatan,” katanya.

Selain itu, Loke berkata kerajaan menggalakkan dasar road to rail iaitu memindahkan pengangkutan kargo berat dan berisiko dari jalan raya ke kereta api bagi mengurangkan risiko kemalangan serta kerosakan infrastruktur.

“Kita nak menggalakkan kargo berat diangkut melalui kereta api bukan di jalan raya… ini selari dengan dasar road to rail yang kita sedang laksanakan,” katanya. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related