◉ HEADLINES

Suspek pelajar kes rogol berkumpulan di Melaka didakwa ikut Seksyen 375B, 377B KK

Mahkamah berkata keputusan pendakwaan berkenaan diputuskan selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM

12:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mendakwa individu terbabit kes rogol pelajar Tingkatan Tiga di Melaka mengikut Seksyen 375B dan 377B Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] hari ini, di Mahkamah Majistret Melaka yang mempunyai bidang kuasa setempat.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata, keputusan pendakwaan berkenaan diputuskan selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka telah dirogol.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap individu-individu terbabit.

“Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap kesalahan jenayah, khususnya yang membabitkan mangsa kanak-kanak dan jenayah seksual, diambil tindakan sewajarnya dan ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa,” kenyataan itu berkata.

Seksyen 375B adalah hukuman bagi kesalahan rogol. Seksyen ini menetapkan hukuman bagi kesalahan rogol seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 375. Sesiapa yang melakukan kesalahan rogol hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

Jika seseorang disabitkan bersalah kerana merogol, dia boleh dipenjara antara 5 hingga 20 tahun, dan disebat.

Sementara itu, Seksyen 377B adalah berkaitan hubungan seks luar tabii. Seksyen ini melibatkan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, iaitu liwat atau seks oral.

Media melaporkan pada 11 Oktober lalu, polis menahan reman empat pelajar Tingkatan 5 bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir ke atas seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 dalam kelas sebuah sekolah di Alor Gajah, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata perintah tahanan reman terhadap semua suspek lelaki berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, SR Arthana, hingga 16 Oktober. – 16 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related