◉ HEADLINES

Rogol berkumpulan pelajar Baling: 4 suspek utama berusia 15 hingga 17 tahun

Polis berkata tiga daripada suspek masih belajar di sekolah itu, manakala seorang lagi bekas pelajar sekolah sama

1:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah di sini, yang ditahan kerana melakukan rogol secara berkumpulan serta menyebarkan bahan lucah itu berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Ahmad Salimi Md Ali, berkata tiga daripada suspek masih belajar di sekolah itu, manakala seorang lagi bekas pelajar sekolah sama.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan selepas pengadu berusia 53 tahun dimaklumkan guru disiplin sekolah itu pada jam 11 pagi Ahad lalu berkaitan penularan rakaman video anaknya yang berusia 15 tahun berbogel.

“Berikutan itu, polis menerima satu laporan polis pada jam 8.11 malam hari sama daripada pengadu itu sebelum melakukan tangkapan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak,” katanya lapor BH hari ini.

Terdahulu, media melaporkan empat remaja, tiga daripadanya pelajar sekolah di Baling ditahan polis kerana disyaki terbabit melakukan rogol secara berkumpulan serta menyebarkan bahan lucah yang kemudian ditular di media sosial. – 16 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related