◉ HEADLINES

Kabinet putuskan isu disiplin dan keselamatan pelajar hari ini: PM

PM sudah mengadakan perbincangan ringkas bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai perkara itu semalam

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan membuat keputusan mengenai isu disiplin dan keselamatan membabitkan pelajar sekolah hari ini, susulan laporan beberapa insiden tidak wajar sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri berkata, semalam beliau sudah mengadakan perbincangan ringkas bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai perkara itu.

“Kita akan bincang di peringkat Kabinet secara terperinci… tadi saya sudah bincang sedikit dengan menteri (Fadhlina), esok (hari ini) kita buat keputusan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai reformasi pendidikan berikutan laporan beberapa kes rogol, bunuh dan buli di beberapa sekolah.

Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Asean (AMEM) ke-43, mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan Forum Perniagaan Tenaga Asean 2025 (AEBF-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata langkah tegas bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah yang memerlukan intervensi segera, akan dibincang oleh Jemaah Menteri.

Beberapa insiden serius membabitkan pelajar sekolah kebelakangan ini dilaporkan termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya serta kes rogol berkumpulan membabitkan beberapa pelajar di Melaka dan Kedah.

Peningkatan kes buli di sekolah juga turut mendapat perhatian apabila data Kementerian Pendidikan menunjukkan sejumlah 7,681 kes direkodkan tahun lalu berbanding 6,528 pada 2023. – 17 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

TM Bukit Jalil to host star-studded AllStar Legends clash featuring Gerrard and football greats

Former Premier League and international stars led by Steven Gerrard will reunite at Bukit Jalil National Stadium on October 3 for the AllStar Legends exhibition match, as organisers promise fans a world-class football spectacle packed with nostalgia, entertainment and global star power

◉ Related