◉ HEADLINES

Umno Sabah tidak akan berdiam diri jika AG kemuka rayuan keputusan 40% hasil negeri

Rayuan yang dibuat hanya akan menggores perasaan rakyat Sabah yang sudah lama bersabar, kata Bung

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno Sabah menegaskan parti itu tidak akan berdiam diri jika Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam mengenai 40 peratus hasil bersih persekutuan yang dikutip dari Sabah.

Menurut Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, rayuan yang dibuat hanya akan menggores perasaan rakyat di negeri itu.

Sambil menyatakan Umno Sabah menyambut baik keputusan itu, beliau menegaskan mengenai hak Sabah terhadap 40% hasil bersih Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan ini adalah kemenangan besar bagi rakyat Sabah setelah hak ini dinafikan sejak tahun 1974.

“Jika AG meneruskan rayuan, Umno Sabah tidak akan berdiam diri,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengarahkan Putrajaya mengadakan semakan bersama kerajaan Sabah mengenai hak tuntutan 40 peratus hasil bersih yang dikutip kerajaan Persekutuan daripada negeri itu.

Perintah itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Celestina Stuel Galid, membenarkan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS) berhubung hak perlembagaan Sabah untuk menuntut 40 peratus hasil tersebut.

Mahkamah mengisytiharkan Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

Sementara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan tersebut mengesahkan kedudukan Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan menuntut supaya kerajaan Persekutuan menunaikan tanggungjawabnya terhadap negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Bung turut memuji keberanian SLS membawa perkara berkenaan ke mahkamah meskipun berdepan dengan tekanan politik.

“Rakyat Sabah sudah lama bersabar. Kini tiba masanya kita bersatu dan menuntut hak negeri seperti yang dijanjikan.

“Hak ini bukan hadiah, tetapi janji perlembagaan yang mesti ditunaikan. Sabah tidak meminta lebih, hanya menuntut apa yang telah dijanjikan.

“Langkah ini penting supaya pengiraan dan pembayaran dibuat secara adil, telus, dan sejajar dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” tambahnya. – 18 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related