◉ HEADLINES

Insiden Gunung Liang: Polis rakam keterangan 8 individu

Polis berkata setakat ini, siasatan dijalankan sebagai laporan mati mengejut (SDR)

1:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansor, yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat dekat Tanjong Malim, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim DSP Suhaimi Muhamad berkata individu yang dipanggil terdiri daripada peserta dan rakan pendaki kepada mangsa yang turut menyertai ekspedisi berkenaan.

“Tiga lagi pendaki yang belum dirakam keterangan dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan. Tiga lagi pendaki ini difahamkan pulang terus selepas tiba di kaki gunung atas urusan kerja dan cuti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suhaimi berkata penganjur aktiviti pendakian itu juga telah dikenal pasti dan akan diminta hadir memberikan keterangan tidak lama lagi.

“Setakat ini, siasatan dijalankan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, hasil bedah siasat di Hospital Slim River mendapati punca kematian Mustaqqeem, 34, adalah akibat hipotermia atau kesejukan melampau.

Mangsa ditemukan meninggal dunia kira-kira 3.30 petang, 16 Oktober, di puncak Gunung Liang sebelum jenazahnya dibawa keluar menggunakan helikopter AW189 milik Pasukan Khas Udara Bomba pada Jumaat lepas. – 19 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related