◉ HEADLINES

22 cedera insiden bekas simpanan mercun sambut Deepavali meletup

Polis berkata seorang mangsa luka di kepala manakala yang lain mengalami luka kecil akibat terkena belerang

11:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 22 orang awam cedera selepas bekas simpanan mercun untuk pertunjukan bunga api sempena Deepavali di Paya Besar, Kulim meletup, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Zulkifli Azizan berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.45 tengah malam tadi dan seorang daripada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius di kepala akibat terkena serpihan akibat letupan mercun.

Beliau berkata, petugas bilik kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima maklumat daripada Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang pada masa itu sedang melakukan rondaan operasi pencegahan jenayah memaklumkan kesesakan lalu lintas akibat daripada kehadiran orang ramai di kawasan terbabit.

“Bilik kawalan kemudian meminta bantuan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) untuk bantuan kesesakan.

“Apabila pasukan bantuan sampai di tempat kejadian didapati orang ramai berkumpul dan terdapat sebahagian orang ramai yang cedera akibat mercun yang dibakar meletup.

“Berikutan itu, dua ambulans sampai ke tempat kejadian dan memberi bantuan awal kepada seorang pesakit yang didapati luka di kepala manakala yang lain mengalami luka kecil akibat terkena belerang,” katanya lapor BH.

Pasukan bantuan daripada pasukan operasi cegah jenayah juga membantu menyuraikan kesesakan.

Zulkifli berkata, anggota polis berjaya mengawal keadaan lalu lintas dan orang ramai bersurai selepas ambulans membawa pesakit ke Hospital Kulim.

Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu, katanya. – 20 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related