◉ HEADLINES

Cubaan rayu keputusan 40% hasil Sabah boleh gugat keharmonian negara: J Ligunjang

Bekas Adun Petagas berkata tindakan mengehadkan hasil Sabah juga boleh memberi kesan kepada parti dari Semenanjung

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan merayu keputusan mahkamah berhubung hak negeri Sabah ke atas 40% hasil persekutuan berisiko menggugat keharmonian negara.

Demikian peringatan diberi aktivis hak Sabah, Datuk James Ligunjang berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Jumaat lalu yang baginya satu kejayaan penting hasil usaha bersama Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan kerajaan negeri bagi menegakkan hak perlembagaan Sabah.

“Sekiranya Jabatan Peguam Negara meneruskan rayuan terhadap keputusan itu, ia boleh membawa kesan serius terhadap keharmonian negara,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook.

Beliau yang juga bekas Adun Petagas turut memberi amaran, sebarang cubaan membatalkan atau melemahkan keputusan terbabit juga akan memberi kesan besar kepada parti politik Semenanjung yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.

Tegasnya, tindakan menarik balik atau mengehadkan bahagian hasil yang wajar diterima Sabah boleh dianggap pelanggaran terhadap Perlembagaan Persekutuan — sekali gus menimbulkan rasa tidak adil dan pengkhianatan dalam kalangan rakyat negeri itu.

“Tindakan sedemikian berpotensi memperdalam rasa tidak percaya dan kebencian terhadap kerajaan persekutuan serta parti-parti politik dari Semenanjung yang cuba mendapatkan sokongan di Sabah,” katanya lapor FMT.

Ligunjang turut memuji pendirian tegas kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor yang sentiasa memperjuangkan hak Sabah mengikut Perlembagaan.

Beliau berkata, jika tiada penyelesaian dicapai dengan Putrajaya, kerajaan negeri boleh menggunakan Perkara 112D(6) di bawah Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan bagi menuntut hak hasil itu secara rasmi.

“Menafikan keadilan hari ini, sama ada melalui penangguhan atau usaha membatalkan keputusan mahkamah, adalah sama seperti menafikan keadilan sepenuhnya,” tegasnya.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Jumaat lalu, memutuskan kerajaan persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40% hasil persekutuan selama hampir lima dekad.

SLS memfailkan semakan kehakiman pada 2022, mendakwa kerajaan persekutuan melanggar Perlembagaan kerana gagal menjalankan semakan hasil yang wajib setiap lima tahun sejak 1974.

Kerajaan bertanggungjawab untuk remit 40% hasil persekutuan yang dikutip dari Sabah kepada negeri itu untuk setiap tahun berkenaan.

Penggunaan formula tersebut digantung sejak 1974 apabila kerajaan persekutuan sebaliknya menaikkan pembayaran pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak. – 20 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related