◉ HEADLINES

Trump akan lawat Malaysia, Jepun, Korea Selatan

Lawatan Asia yang bakal berlangsung ini yang pertama sejak beliau memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lalu

9:13 AM MYT

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata beliau akan mengadakan lawatan ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat sambil menegaskan hasratnya untuk terus “bersikap baik terhadap China”, lapor Agensi Berita Kyodo.

Meskipun ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali meningkat, Trump sekali lagi menzahirkan nada optimis menjelang kemungkinan pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping minggu depan di Korea Selatan.

“Kami akan mengadakan perjanjian yang adil. Saya mahu bersikap baik terhadap China. Saya amat menghargai hubungan saya dengan Presiden Xi,” kata Trump di Rumah Putih ketika sesi panjang bersama wartawan semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.

“Kami fikir itu tempat yang sesuai untuk bertemu, dan kami akan bertemu. Saya akan berada di Malaysia, saya akan berada di Jepun,” katanya.

Trump sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Xi apabila kedua-dua mereka berada di Korea Selatan bagi menghadiri sidang kemuncak ekonomi Asia-Pasifik akhir Oktober ini.

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama Trump secara terbuka menyebut rancangan lawatan beliau ke Malaysia dan Jepun. Beliau tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai butiran lawatan itu

Sumber kerajaan Jepun memaklumkan Trump dijangka mengadakan lawatan tiga hari ke Jepun mulai 27 Okt selepas menghadiri persidangan serantau di Malaysia yang turut disertai negara-negara Asia Tenggara dan rakan-rakan sekutunya.

Selepas lawatan ke Jepun, Trump akan meneruskan perjalanan ke Korea Selatan, menurut sumber berkenaan.

Lawatan Asia yang bakal berlangsung ini merupakan yang pertama sejak beliau memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lalu. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related