◉ HEADLINES

Pertemuan Wee, Bung Moktar isyarat kuat perpaduan BN di sebalik cabaran politik, menjelang PRN Sabah

Kekuatan MCA di kawasan bandar dan pengaruh Umno di kawasan luar bandar terus menjadi tulang belakang kepada kestabilan politik di Malaysia

4:45 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Pertemuan antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dengan presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong disifatkan sebagai isyarat kuat kepada perpaduan dan kerjasama dalam gabungan itu, ketika persiapan giat dijalankan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

Menurut Bung Moktar, kunjungan hormat di Kota Kinabalu itu berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni.

Ia sekali gus mencerminkan semangat mencerminkan semangat setiakawan dan kepercayaan yang berterusan antara parti-parti komponen BN, lapor The Borneo Post.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa dan membincangkan hala tuju BN menjelang PRN17,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon, disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Bung Moktar memberitahu, pertemuan itu mengulangi semula komitmen BN untuk kekal sebagai sebuah gabungan politik yang matang, tersusun dan berprinsip, meskipun berdepan dengan landskap politik Sabah yang sentiasa berubah dan mencabar.

“Kerjasama serta kepercayaan antara parti-parti komponen BN kekal utuh, berteraskan tanggungjawab bersama kami terhadap rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan MCA di kawasan bandar dan pengaruh Umno di kawasan luar bandar terus menjadi tulang belakang kepada kestabilan politik di Malaysia.

“Gabungan pengalaman dan keupayaan ini amat penting bagi memastikan Sabah terus maju dalam persekitaran politik yang stabil, berdaya saing dan berteraskan rakyat,” tambahnya.

Bung Moktar menegaskan bahawa BN Sabah akan terus mengadakan perbincangan strategik bersama rakan-rakan komponennya bagi memastikan pendekatan ke arah PRN17 benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya agenda individu atau kumpulan politik tertentu.

“Kestabilan bukan sekadar slogan. Ia merupakan satu tanggungjawab dan bukti keikhlasan untuk membina masa depan Sabah yang lebih baik dan bersatu padu,” katanya. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related