◉ HEADLINES

Dua kanak-kanak lelaki ditemui lemas di Tasik Menawan, Johor Bahru

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 9.44 malam semalam menemui mangsa awal pagi ini

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua kanak-kanak ditemui lemas di Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah Johor Bahru, awal pagi ini, kata Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shafie Md Din.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 9.44 malam semalam.

Beliau berkata, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), satu unit jentera utiliti serta seramai 14 anggota bomba, dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi sejauh tujuh kilometer sebaik panggilan diterima.

“Apabila tiba di tempat kejadian pada jam 9.54 malam, pihak bomba menemukan dua pasang selipar dipercayai milik mangsa.

“Pihak bomba kemudiannya melakukan pencarian menggunakan teknik water surface searching pada jarak 25 kaki di sekelompok kawasan tasik, manakala PPDA menjalankan pencarian menggunakan teknik arch pattern pada jarak sama.

“Akhirnya, mangsa ditemukan di bawah batu pada kedalaman 10 kaki, kira-kira lima meter dari tebing, pada jam 2.28 pagi,” katanya dalam satu kenyataan lapor Sinar Harian.

Menurut Mohd Shafie, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafizee, 9, dan Muhammad Khalish Rayqarl Hasimudi, 10, disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 3.05 pagi,” katanya. – 22 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related