◉ HEADLINES

RHB siasat kakitangan kongsi gambar PM yang disunting keterlaluan, melampau

Kakitangan wanita itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak Perdana Menteri dan memadamkan hantaran berkenaan

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – RHB Banking Group sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas seorang kakitangannya selepas berkongsi gambar keterlaluan dan menghina, melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial.

Dalam kenyataannya, RHB memberitahu, tindakan tatatertib yang sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran terhadap kod etika dan tatakelakuan kumpulan.

Jelasnya, pandangan peribadi yang dinyatakan oleh kakitangannya itu adalah bersifat peribadi dan sama sekali tidak mewakili atau mencerminkan pendirian kumpulan perbankan itu.

“RHB mengamalkan standard tertinggi dalam aspek profesionalisme, integriti dan rasa hormat dalam semua urusan kami — sama ada di dalam atau di luar tempat kerja.

“Kami memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, tular di media sosial di mana seorang wanita, yang didakwa kakitangan RHB cawangan Kulim, Kedah, telah berkongsi gambar Perdana Menteri yang disunting secara keterlaluan membabitkan bendera Israel, hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Dalam pada itu, wanita tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri dan memadam hantaran perkongsian berkenaan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang niat untuk memalukan atau menyinggung mana-mana pihak, terutamanya YAB Perdana Menteri.

“Saya mengakui bahawa tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham, dan saya amat kesali atas perkara itu.

“Saya telah memadamkan posting berkenaan dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa,’’ katanya.

Dia juga memberitahu, segala pandangan dan hantaran yang dibuat adalah daripada akaun peribadinya serta tidak mewakili atau mempunyai kaitan dengan majikannya. – 31 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related