◉ HEADLINES

KTM Komuter laluan Batu Tiga, Subang Jaya tergendala

KTMB berkata perkhidmatannya tergendala akibat gangguan bekalan elektrik pada alat talian atas (Overhead Line)

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren KTM Komuter laluan laluan Batu Tiga dan Subang Jaya tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik disebabkan alat talian atas (Overhead Line), pagi ini.

Dalam satu kenyataan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, berikutan gangguan itu, empat tren yang berada dilaluan berkenaan ditamatkan di tiga stesen.

“Tren tamat di Stesen Batu Tiga, Stesen Shah Alam dan Stesen Padang Jawa.

KTMB dalam kenyataan menerusi akaun Twitter rasminya turut memaklumkan kelewatan dijangka antara 20 hingga 30 minit daripada jadual asal.

“Tren komuter dari Stesen Setia Jaya ke Stesen KL Sentral akan beroperasi mengikut jadual,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, bas perantara disediakan di stesen terbabit untuk ke Stesen Subang Jaya.

Katanya, penumpang dinasihatkan menggunakan pengangkutan alternatif untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju dan pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Dalam pada itu, tular beberapa rakaman video pengguna komuter yang terkandas di dalam tren berhampiran Stesen Subang Jaya. – 4 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related