◉ HEADLINES

Pempengaruh disiasat kerana kenyataan berbaur lucah terhadap model Rusia

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

5:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang pempengaruh lelaki tempatan yang didakwa mengaibkan seorang model dari Rusia, Alisa Kasimova, ketika wanita berkenaan sedang menjamu selera di sebuah restoran di Bukit Bintang, menerusi siaran langsung dalam aplikasi TikTok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Kasimova telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,’’ katanya .”

Terdahulu, seorang model warga Rusia, Alice Kasimova telah membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi perbualan berunsur lucah oleh seorang pempengaruh lelaki tempatan menerusi akaun ‘Hazren Rich Empire’ dalam satu sesi siaran langsung di media sosial.

Dalam video berkenaan, pempengaruh terbabit merakamkan video tanpa kebenaran dan bersembang dengan perkataan berbaur lucah merujuk kepada mangsa.

Berikutan itu, netizen meminta wanita tersebut membuat laporan polis kerana perbuatan lelaki itu bukan sahaja melanggar etika malah memalukan nama Malaysia.

Sementara Kasimova dalam kenyataannya berkata, dia berasa kesal kerana lelaki tersebut bercakap lucah mengenai wanita lain, di depan pasangannya sendiri.

“”Semua orang menyuruh saya membuat laporan polis dan saya telah lakukannya. Saya melakukannya bukan kerana marah, tetapi jika berdiam diri ia hanya melindungi mereka yang menyakiti orang lain.

“Tiada wanita sepatutnya berasa takut untuk mempertahankan diri,” katanya.

Sementara pempengaruh lelaki terbabit tampil memohon maaf selepas menerima kecaman teruk. – 8 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related