◉ HEADLINES

Bot bawa hampir 100 pati karam, 6 ditemui selamat

Tiga hari lalu, bot yang mereka naiki karam dan lokasi kejadian dipercayai berada di perairan Thailand sebelum mereka dihanyutkan ke perairan Malaysia

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah bot yang membawa hampir 100 pendatang asing tanpa izin dari pelbagai warganegara karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Setakat ini enam orang ditemui selamat di perairan Langkawi manakala seorang wanita maut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata, enam yang diselamatkan itu terdiri daripada tiga lelaki warga Myanmar, dua lelaki etnik Rohingya dan seorang lelaki Bangladesh manakala mayat wanita etnik Rohingya itu ditemukan hanyut di laut.

“Pada 9 pagi semalam, kita menerima panggilan daripada orang awam yang menemui tiga lelaki hanyut (Myanmar) berhampiran Teluk Ewa, Langkawi. Mereka berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada polis. Pada sebelah petang, tiga lagi lelaki serta satu mayat wanita ditemukan di sekitar lokasi sama.

“Siasatan awal mendapati kira-kira sebulan lalu, mereka menaiki sebuah kapal besar membawa 300 orang untuk masuk ke Malaysia.

“Namun, sebaik menghampiri sempadan, mereka diarahkan menaiki tiga bot lebih kecil, dengan anggaran 100 orang setiap bot,” katanya, lapor Bernama.

Adzli memberitahu, pertukaran bot dijalankan bagi mengelak dikesan dan ditahan pihak berkuasa.

“Tiga hari lalu, bot yang mereka naiki karam dan lokasi kejadian dipercayai berada di perairan Thailand sebelum mereka dihanyutkan ke perairan Malaysia.

“Status dua bot lagi masih tidak diketahui sama ada turut karam atau sebaliknya. Kita telah meminta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Pasukan Polis Marin (PPM) melancarkan operasi mencari dan mengesan mangsa lain serta baki bot yang hilang,” katanya.

Adzli berkata siasatan lanjut akan dijalankan terhadap enam lelaki berkenaan yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi bagi mendapatkan maklumat sebenar, manakala mayat wanita itu ditempatkan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. – 9 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related