◉ HEADLINES

Polis akan mohon sambung reman Namewee esok

Ia bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita di sebuah hotel, bulan lepas

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon lanjutan perintah reman ke atas penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan di sebuah hotel di sini bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam, lanjutan berkenaan akan dibuat esok sebaik tempoh reman selama enam hari berakhir, lapor Harian Metro.

Pada 5 November lalu, Namewee menafikan dia melarikan diri dan muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis dan memberi keterangan berhubung kematian Hsieh Yun Hsin yang ditemukan mati di dalam bilik air hotel pada 22 Oktober lepas.

Malah dalam perkongsiannya di Facebook pada malam itu, Namewee, 42, menjelaskan bahawa dia baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilapor berkata kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemuzik terbabit merupakan individu terakhir bersama mangsa dan dianggap penting dalam membantu siasatan.

Mayat Hsieh sebelum ini dilaporkan ditemukan oleh pemuzik berkenaan di dalam tab mandi pada 1.40 tengah hari, 22 Oktober lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki dan menggunakan dadah selepas polis menemukan sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi seberat 5.12 gram dalam billk hotel itu.

Dia kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu.

Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian wanita berusia 33 tahun itu. – 9 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related