◉ HEADLINES

Laluan mendap di Jalan Masjid India dibuka semula

Jalan Bunus yang ditutup sejak jam 8.40 pagi semalam dibuka semula selepas kerja pembaikan selesai pada jam 6 petang

9:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jalan Masjid India dibuka semula pada jam 6 petang semalam, selepas kerja pembaikan bahagian jalan yang mendap pada sebelah pagi selesai dijalankan, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL berkata kerja pembaikan di Jalan Bunus dijalankan dan disiapkan pada sekitar jam 6 petang semalam.

“DBKL akan meneruskan pemantauan rapi serta melaksanakan pemeriksaan dan pengimbasan lanjut di lokasi serta kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, keselamatan orang awam kekal sebagai keutamaan DBKL.

Dalam kejadian pada jam 8.40 pagi itu, sebahagian jalan di hadapan kedai Bombay Jewellery ditutup selepas ia mendap.

Ini bukan kejadian pertama, malah pada 23 Ogos tahun lalu, seorang pelancong India, G Vijaya Lakshmi, 48, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 8m yang tiba-tiba terbentuk di Jalan Masjid India.

Punca kejadian itu dikenal pasti berpunca daripada paip pembetung pecah selepas mengalami hakisan akibat tindak balas kimia serta ketidakstabilan tanah.

Bagaimanapun selepas sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan tanpa sebarang penemuan. – 11 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related