◉ HEADLINES

MCMC siasat dakwaan telco caj RM10 untuk perlindungan anti-penipuan

MCMC diminta mengenalpasi syarikat telekomunikasi berkenaan dan mendapatkan penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan caj itu

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan mendapatkan penjelasan daripada syarikat telekomunikasi (telco) yang didakwa mengenakan caj RM10 kepada pengguna bagi perkhidmatan perlindungan anti-penipuan atau scam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia bagi mendapatkan gambaran dan meneliti sama ada caj yang dikenakan adalah wajar.

“Saya belum meneliti laporan terbabit tetapi saya akan minta supaya MCMC mengenal pasti syarikat perkhidmatan telekomunikasi berkenaan.

“Ini untuk mendapatkan penjelasan dan meneliti aspek ini, sama ada wajar ataupun tidak, kita nak tahu dulu apa yang dimaksudkan (dengan perkhidmatan serta caj yang dikenakan),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Sebelum ini media melaporkan beberapa pihak menyelar tindakan telco yang didakwa mengenakan caj RM10 sebulan untuk perkhidmatan perlindungan scam atau penipuan.

Antaranya persatuan pengguna dan pakar komputer yang berpendapat keselamatan pelanggan sepatutnya menjadi tanggungjawab asas penyedia perkhidmatan, bukannya dimanipulasi sebagai sumber keuntungan baharu.

Malah pemerhati pasaran turut menyifatkan idea untuk menjadikan keselamatan digital asas sebagai produk premium bertentangan dengan tanggungjawab sosial syarikat telekomunikasi, yang mendapat manfaat daripada kepercayaan awam dan integriti rangkaian mereka.

“Perlindungan anti-penipuan asas seharusnya menjadi ciri standard, bukan kos tambahan kepada pengguna,” kata seorang pemerhati. – 14 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related