◉ HEADLINES

Kempen 14 hari PRN Sabah bermula, Hajiji, Bung berdepan saingan sengit

Hajiji berdepan saingan lima penjuru manakala Bung pula menghadapi tentangan enam penjuru

1:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berdepan persaingan sengit lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

Beliau, yang menang kerusi berkenaan sebelum ini dengan majoriti 3,099 undi berdepan calon muda dan muka baharu daripada Barisan Nasional (BN) Dr Shahnon Rizal Thaijuddin selain Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

Menurut Bernama, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiba di pusat penamaan calon pada 9 pagi bersama-sama pencadang Datuk Abdul Kassim Razali dan penyokong Sylvia Belinggi.
DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar.

Selain itu, proses penamaan calon yang diadakan tadi turut menyaksikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan saingan enam penjuru bagi mempertahankan DUN Lamag.

Bung Moktar ditentang Johainizamshah Johari daripada GRS, Salahuddin @Saalahuddin Anoi (Parti Impian Sabah – PIS), Mohd Saifulah Lokman (Warisan), Mohd Ismail Ayob (Bebas) dan Mazlin Madali (PN).

Pada PRN lepas, Bung Moktar menang kerusi Lamag yang pertama kali dipertandingkan dengan majoriti 661 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 November manakala pengundian awal pada 25 November ini.

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related