◉ HEADLINES

Pasangan panda gergasi Chen Xing, Xiao Yue jalani kuarantin sebulan

Pasangan panda gergasi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam tadi

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara yang baru dinaik taraf sepenuhnya, bakal menjadi tumpuan dengan kehadiran pasangan panda gergasi Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari China.

Pasangan panda gergasi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam tadi.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) dalam kenyataan memaklumkan, pasangan mamalia itu akan dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara dengan persekitaran kondusif, selamat dan selesa.

Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama sebulan di bawah pengawasan rapi pasukan doktor haiwan dan penjaga berpengalaman sebelum ditunjukkan kepada orang ramai.

“Ketibaan Panda Gergasi menandakan simbol integriti dan persahabatan yang berkekalan antara Malaysia dan China.

“Malaysia melalui NRES meneruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi GiantPanda dengan China melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April lepas bersempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia,” kata kenyataan itu.

NRES memaklumkan pemeteraian perjanjian itu membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi baharu yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035.

Menerusi kerjasama sama sebelum ini, Malaysia menerima pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi pada 2012 sebelum haiwan itu dihantar pulang ke China pada 18 Mei 2025. – 19 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related