◉ HEADLINES

Amirudin mengaku cadang Nurul Izzah pengganti MB Selangor

MB Selangor berkata, menyerahkan kepimpinan negeri kepada Nurul Izzah mungkin dapat elak tuduhan nepotisme

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengakui beliau sendiri telah mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, untuk dilantik sebagai penggantinya, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan perubahan besar dalam kepimpinan negeri Selangor.

Dalam program audio siar Keluar Sekejap kendalian Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini, Amirudin mendedahkan cadangan melantik Nurul Izzah sebagai penggantinya pernah disuarakan secara langsung kepadanya.

Apapun katanya, keputusan sama ada menerima atau menolak cadangan tersebut kini terletak sepenuhnya di tangan Nurul Izzah.

 “Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk letakkan Puan Nurul Izzah supaya tidak ada persepsi ataupun stigma berkenaan dengan nepotisme dan sebagainya. 

“Secara jujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepada beliau untuk ambil cadangan itu atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Khairy mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. 

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan.

“Kalau tanya saya adakah sudah bersedia? Ya saya sudah mempertimbangkan untuk ke Persekutuan,” katanya. – 22 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related