◉ HEADLINES

Kekurangan trafik: MEX, DASH, SMART, SKVE antara 12 lebuh raya rugi

Kerajaan mungkin terpaksa menanggung kerugian sekiranya perlu mengambil alih,' kata Ahmad Maslan

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 12 daripada 33 konsesi lebuh raya di seluruh negara telah mencatatkan kerugian berikutan kekurangan trafik, berdasarkan laporan kewangan tahun lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) serta Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

Turut mengalami kerugian, katanya, ialah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Setiawangsa–Pantai (SPE), Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Klang (SUKE), Terowong dan Jalan Pengurusan Air Banjir (SMART), Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

“Jadi, sesiapa yang mencadangkan pembinaan lebuh raya baharu perlu membuat kiraan dengan tepat.

“Kalau trafik tidak mencukupi, keuntungan tidak dijamin. Jika tidak menguntungkan, kerajaan mungkin terpaksa menanggung kerugian sekiranya perlu mengambil alih,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH–Wangsa Maju) mengenai prestasi 33 konsesi lebuh raya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, mengenai jajaran lebuh raya dari Tol Bandar Baharu ke Sungai Petani yang masih belum dilaksanakan, Ahmad berkata projek naik taraf tersebut telah dikemukakan permohonan tetapi tidak diluluskan.

“Kenapa tidak diluluskan? Biasanya ia mengikut keutamaan. Lebuh raya ini sebahagian cadangan Northern Corridor Highway (NCH). Projek asal dicadang dari Taiping ke Bukit Kayu Hitam, namun didapati tidak berdaya maju.

“Oleh itu, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri mencadangkan jajaran Taiping–Sungai Petani. Setakat ini ia masih dalam proses permohonan cadangan (RFP). Belum dibuka, belum ditutup, kita sedang menunggu,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini RFP untuk jajaran Bukit Kayu Hitam tidak menerima sebarang permohonan, menyebabkan jajaran dipendekkan ke kawasan yang lebih berdaya maju seperti Taiping-Sungai Petani. – 26 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related