◉ HEADLINES

Teresa gesa kerajaan dedah wujud atau tidak ‘unit khas’ terlibat kehilangan Amri dan Pastor Koh

Ahli Parlimen Seputeh juga meminta kerajaan mengenal pasti kumpulan atau individu terlibat dalam kes itu

5:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan wujud atau tidak pasukan khas atau unit tidak rasmi dalam agensi penguatkuasaan yang pernah menjalankan operasi kehilangan paksa termasuk yang melibatkan aktivis Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh.

Jika pasukan sedemikian tidak pernah ditubuhkan, Teresa menggesa kerajaan menjelaskan mekanisme sebenar untuk menjejak kehilangan individu terbabit.

Menurut beliau ini berikutan keputusan mahkamah yang merujuk dapatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 2019 dan pasukan petugas khas secara jelas mengaitkan penglibatan polis khususnya Cawangan Khas dalam operasi penculikan kedua-dua individu.

“Saya nak tanya kepada KDN apakah wujudnya unit, pasukan khas, skuad atau ejen dalam agensi penguatkuasaan yang pernah menjalankan operasi yang membawa kepada kehilangan paksa seperti yang dirumuskan oleh Suhakam (dalam kes Amri dan Koh).

“Jika tidak, apakah langkah kerajaan untuk mengenal pasti kumpulan atau individu yang terlibat selaras dengan obligasi negara mencegah dan menyiasat kehilangan paksa,” soalnya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) kementerian itu di Dewan Rakyat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 5 November lalu, memerintahkan kerajaan dan polis membayar RM37 juta kepada keluarga Koh berhubung penglibatan pihak berkuasa dalam penculikannya.

Mahkamah turut memerintahkan kerajaan dan polis membayar lebih RM3 juta kepada keluarga Amri kerana gagal menjalankan siasatan yang sewajarnya susulan kehilangan beliau.

Dalam kes Koh, Hakim Su Tiang Joo memutuskan bahawa seorang atau lebih defendan, yang merupakan pegawai polis kini dan bekas pegawai, terlibat dalam penculikan Koh dan bertindak atas arahan lapan tahun lalu.

Bagi kes Amri pula, Su memutuskan kerajaan dan polis telah melanggar tanggungjawab statutori mereka dan pegawai mereka bertindak secara tidak berperlembagaan. – 26 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related