◉ HEADLINES

24 anggota PDRM dipecat akibat terlibat rasuah sejak 2023

Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, ia menandakan komitmen kerajaan meningkatkan integriti, termasuk melalui mekanisme pemantauan dan sistem antirasuah yang diperkukuh

6:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata seramai 24 anggota warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan buang kerja kerana terbabit dengan kesalahan rasuah sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

Beliau berkata, anggota terbabit dipecat antara Januari 2023 hingga Oktober 2025, sekali gus menggambarkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh integriti dalam PDRM.

“Lapan orang dibuang kerja pada 2023, diikuti empat pada 2024, manakala 12 dipecat antara Januari hingga Oktober tahun ini,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi KDN di Dewan Rakyat, hari ini.

Shamsul Anuar, berkata kementerian mempertingkat mekanisme pemantauan dalaman bagi membendung salah laku, termasuk Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahunan dan pemantauan gaya hidup oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Tegasnya, satu sistem pencegahan rasuah PDRM yang bersepadu juga sedang dibangunkan.

“Langkah ini direka untuk mengesan, mencegah dan memantau risiko rasuah di semua peringkat dalam pasukan.

“Menerusi beberapa bengkel, 43 risiko rasuah dikenal pasti melalui Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA),” katanya lagi lapor BH.

Menurut Shamsul Anuar, aduan awam mengenai salah laku polis boleh dikemukakan terus kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), yang menyiasat kes secara bebas.

Beliau menegaskan, majoriti warga polis tetap memegang etika profesional yang tinggi walaupun ada pegawai yang dihukum atas salah laku. – 26 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related