◉ HEADLINES

Pelajar pengsan dibelasah: 5 dibuang, 3 digantung terlibat pergaduhan di asrama sekolah

JPN Kedah berkata hukuman buang dan gantung sekolah menandakan ketegasan pihak berkuasa pendidikan terhadap isu keselamatan pelajar

7:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima dibuang manakala tiga lagi pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Petani digantung selepas didapati terbabit pergaduhan hingga menyebabkan seorang pelajar dipukul hingga pengsan, Isnin lalu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, berkata pihaknya mengambil serius kejadian pergaduhan yang membabitkan sekumpulan pelajar di sekolah berasrama terbabit.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan pihak sekolah sudah selesai menjalankan siasatan dalaman menyeluruh dan hukuman tegas gantung serta buang sekolah sudah diambil ke atas murid yang bersalah semalam.

“JPN Kedah menegaskan tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan dan salah laku pelajar,” katanya.

JPN Kedah turut menasihatkan semua institusi pendidikan di negeri ini mematuhi prosedur pengurusan disiplin semasa, mengutamakan keselamatan murid dan melaksanakan intervensi pencegahan bagi memastikan kesejahteraan seluruh warga pendidikan terpelihara.

Dalam laporan awal media, polis mengesahkan empat pelajar ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki dipukul hingga pengsan sebelum ditemui dalam tandas asrama sebuah sekolah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata seorang daripada empat pelajar itu direman, manakala tiga lagi dibebaskan. – 27 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related